PERLUASAN KUASA BRITISH MELALUI NEGERI-NEGERI SELAT




 

 

1. Syarikat Hindia Timur Inggeris mempunyai tiga pelabuhan di Tanah Melayu iaitu Pulau
    Pinang, Singapura dan Melaka.

2. Ketiga-tiga pertempatan ini disatukan dibawah pentadbiran yang dikenal sebagai
    Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.

3. Pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat ialah:

(a) Pulau Pinang 1826-1832;
(b) Singapura – selepas tahun 1832.
4. Singapura dipilih sebagai pusat pentadbiran baru kerana makin maju dan Pulau Pinang
    pula mengalami kemerosotan ekonomi.

5. Ketua pentadbir negeri-negeri Selat ialah Gabenor Negeri-negeri Selat.

6. Gabenor negeri-negeri Selat yang pertama ialah Robert Fullerton.

7. Dalam usaha meluaskan kuasanya. British telah campur tangan dalam, hal negeri-negeri
    Melayu.

8. Sebelum tahun 1874, kerajaan British di London mengamalkan Dasa Tidak Campur
    Tangan tetapi dasar tersebut tidak dipatuhi oleh pegawai-pegawai di Tanah Melayu.

9. Robert Fullerton menghantar John Anderson untuk menyelesaikan masalah sempadan
   antara Perak dengan Selangor pada tahun 1825.

10. Pada tahun 1821, Siam menawan Kedah, dan berusaha untuk menguasai Perak dan
     Selangor.
11. Robert Fullerton menghantar tentera British untuk menghalang serangan Siam.

12. Robert fullerton menghantar Kapten Henry Burney ke bangkok pada tahun 1825 dengan
     tujuan:

(a) merundingkan hal perdangan supaya pihak Siam akan memberi
     kemudahan perdagangan yang lebih banyak kepada British;
(b) mengembalikan takhta sultan Kedah yang dikuasai Siam pada tahun 1821;
(c) memastikan Siam mengakui kemerdekaan perak dan Selangor;
(d) mewujudkan persahabatan dengan Siam supaya Siam tidak membantu
     Burma menentang British (pada ketika itu, British dan Burma sedang
     menghadapi Perang Inggeris-Burma yang pertama 1824-1826).
13. Pada bulan Jun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani.

14. Siam mengingkari perjanjian Burney apabila mencuba menyerang Perak semasa
     pemerintahan Raja Ligor.

15. Robert Fullerton menghantar Kapten James Low ke Perak dan serangan Siam
     dibatalkan.
16. James Low menandatangi perjanjian dengan perak pada Oktober 1826 yang dikenal
     sebagai Perjanjian Low.

BACK