![]() |
KESAN PERJANJIAN
|
![]() |
1. Sebelum perjanjian Inggeris-Belanda, Kepulauan Riau-Lingga dikuasai oleh empayar
Johor-Riau.2. Perjanjian ini menyebabkan empayar Johor-Riau berpecah. Kepulauan Riau-Lingga dan
pulau-pulau di Indonesia dikuasai oleh Belanda dan Tanah Melayu dikuasi oleh British.3. Pahang yang menjadi jajahan takluk Johor, mengambil kesempatan membebaskan diri
daripada kuasa Johor dan diperintah oleh keluarga Bendahara.4. Perjanjian ini membenarkan British mengukuhkan kedudukannya di Semenanjung Tanah
Melayu.5. British berpeluang meluaskan pengaruh di Semenanjung Tanah melayu tanpa gangguan
Belanda.6. Pada tahun 1826, pengaruh Britisj bertambah apabila negeri-negeri Selat ditubuhkan.
7. Mulai 1874,British mula campur tangan di Perak, Selangor dan Sungai Ujong dan
seterusnya menguasai seluruh Tanah Melayu.8. Singapura terus berkembang dibawah kuasa British hingga menjadi perlabuhan
perdagangan antarabangsa yang terkenal.9. Selepas perjanjian Inggeris-Belanda, pengaruh British du Johor bertambah apabila
British berjaya meluaskan pengaruhnya menerusi Temenggung Ibrahim.10. Keluarga Temenggung telah memerintah negeri Johor.