HUBUNGAN BRITISH DENGAN KUASA TEMPATAN
British di Sabah

 
 
1. Pada asalnya kawasan barat Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan kawasan timur
   dikuasai oleh Kesultanan Sulu.

2. Perjanjian perdagangan yang ditandatngani antara Sultan Sulu iaitu Sultan Muizuddin
   dengan Alexander Dalrymple pegawai British pada tahun 1761.

3. Antara syarat perjanjian termasuklah :

(a) British dibenarkan berdagang di jajahan takhluk Sulu
(b) Kedua – dua pihak akan memberi bantuan sekiranya diserang oleh musuh
     masing – masing
4. Dalrymple membuka pusat perniagaan di Pulau Balambangan atas kebenaran Sultan Sulu

5. Datu Tating saudara Sultan Israel Sulu bertindak menyerang petempatan British di pulau
   tersebut pada tahun 1775.

6. Pegawai British di Pulau Balambangan John Herbert telah mendirikan petempatan di
   Pulau Labuan.

7. Petempatan tersebut dibatalkan. British kemudian mendapat kebenaran menjadikan
    Labuan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British pada tahun 1846.

8. Sebelum Borneo Utara ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara seorang wakil
    Amerika Syarikat iaitu C.L. Moses telah menjalankan kegiatan ekonomi.

9. Beliau mendapat kebenaran daripada sultan Brunei untuk mengusahakan beberapa
    kawasan di pantai barat Sabah.

10. C.L. Moses memberikan kawasan tersebut kepada The American trading Company
      yang dimiliki oleh William Torrey pedagang Amerika Hong Kong.

11. William Torrey menjual konsesi itu kepada Baron Von Overbeck wakil Austria di Hong
      Kong dan Alfred Dent pedagang British.

12. Setelah tempoh konsesi tamat Overbeck dan Dent membuat perjanjian baru dengan
     Sultan Brunei.

13. Sultan Brunei menyerahkan kuasanya di Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.

14. Selain itu Sultan Sulu yang mempunyai hak terhadap Sabah turut menyerahkan
      kuasanya di Sabah kepada syarikat Overbeck dan Dent.

15. Syarikat Overbeck dan Dent menubuhkan sebuah syarikat British untuk menarik pelabur
     melalui pembelian saham.

16. Alfred Dent berjaya mendapat piagam daripada syarikat British untuk syarikatnya.

17. Syarikat itu dinamai Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1881.

18. Kerajaan British dapat meluaskan kuasanya secara tidak langsung melaui Syarikat
     Berpiagam Borneo Utara.

19. Syarikat Berpiagam Borneo Utara memerintah Sabah sehingga 1946. Kemudian Sabah
     diserahkan kepada kerajaan British.

BACK