GERAKAN MENENTANG BRITISH
Penentangan di Perak


 
 
1. Sultan Abdullah Sultan Ismail, Menteri Larut (Ngah Ibrahim), Laksamana
    Wan Muhammad Amin, dan pembesar Perak yang lain enggan
    menyerahkan kuasa memungut cukai kepada James Birch dalam
    menyuarat di Kuala Kinta.

2. Dalam mesyuarat di Durian sebatang (Julai 1875), Sultan Abdullah, Dato’
    Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam dan Penghulu Mat Ali merancang
    pembunuhan Birch.

3. Birch dibunuh di Pasir Salak pada bulan November 1875.

4. Yang terlibat dalam pembunuhan tersebut ialah Pandak Indut, Kulup Ali
    (Che Ali), Seputum dan Panjang Bur.

5. British menggunakan askar dari Negeri-negeri Selat, India, dan Hong Kong
   untuk menghapuskan penentangan orang Melayu.

6. Dato’ maharaja Lela, Dato’ Sagor, Seputum, dan Pandak Indut dihukum
   mati di Matang.

7. Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar, dan Laksamana
   dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

8. Sultan Ismail dan Panglima perang Semaun dibuang negeri ke Johor.

BACK