![]() |
CABARAN DI KELANTAN DAN TERENGGANU
|
![]() |
1. Di Kelantan British mambentuk beberapa jajahan dan melantik Ketua
Jajahan sebagai pentadbir di setiap jajahan.2. Tindakan tersebut menyebabkan ketua tempatan kehilangan kuasa
pentadbiran dan kuasa pemungut cukai yang selama ini dikuasai oleh
mereka.3. Selain itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa menghakimkan kes-kes
jenayah.4. British memindahkan pusat pentadbiran jajahan dari Jeram ke Pasir Puteh.
5. Tindakan British menyebabkan kedudukan Engku Besar Jeram Tun Ahmad
terancam dan beliau hanya dilantik sebagai Tuk Kweng Muda.6. Penduduk Pasir Puteh tertekan apabila pelbagai jenis cukai dikenakan oleh
British.7. Di Terengganu, kuasa sultan dan pembesar tergugat dengan perlantikan
Penasihat British di Kuala Terengganu dan penolong Penasihat British di
Besut dan Kemaman.8. Peraturan baru oleh British menimbulkan perasaan tidak puas hati
penduduk tempatan.9. Kebebasan mereka untuk memiliki tanah, mengambil hasil hutan dan
memburu binatang liar disekat oleh British.10. Tokoh agama dan pemimpin masyarakat memainkan peranan penting
dalam membangkitkan semangat penentangan di Terengganu. Antara
mereka ialah:(a) Haji Abdul Rahman Limbung atau Haji Abdul Rahman bin11. Haji Abdul Rahman Limbung berpendapat bahawa tanah adalah hak
Abdul Hamid;
(b) Haji Musa bin Abdul Ghani atau Haji Musa Minangkabau.
Allah, oleh itu British tidak berhak mengenakan cukai.12. Haji Musa bin Abdul Ghani pula menyatakan bahawa undang-undang
British adalah undang-undang kafir dan umat Islam tidak boleh
mematuhinya.13. Kebangkitan berlaku pada tahun 1922 di Hulu Telemong dan di Kuala
Telemong pada tahun 1925.14. Kebangkitan yang berlaku di Kuala Berang pada tahun 1928.
15. Dalam kebangkitan tersebut, mereka berjaya menduduki pejabat
kerajaan dan memusnahkan balai polis.