![]() |
CABARAN DI PAHANG
|
![]() |
1. Sistem Residen di Pahang ditentang oleh pembesar tempatan kerana
mereka kehilangan kuasa.2. Di Pahang pentadbiran daerah diambil alih oleh Pemungut Cukai dan
majistret.3. Semua pungutan cukai dikendalikan oleh pemungut cukai dan majistret.
Pembesar tidak dibenarkan memungut cukai., sekiranya ingkar mereka
didenda.4. Sebagai ganti rugi, para pembesar dibayar elaun ebanyak $70.00 sebulan.
Tawaran ini ditolak oleh pembesar.5. Pembesar-pembesar tidak lagi dibenarkan menyelesaikan kes jenayah dan
civil seperti yang dilakukan sebelum ini.6. Dato’ Bahaman iaitu pembesar daerah Semantan dengan
pembesar-pembesar lain bangkit menentang British.7. Beliau enggan tunduk pada perintah Residen supaya menghentikan
kegiatan memungut cukai di Semantan.8. British telah membina sebuah balai polis di Lubuk Tena untuk memerhati
kegiatan Datuk Bahaman.9. Datuk Bahaman dan pengikutnya menyerang dn menawan balai polis di
Lubuk Tena.10. Datuk bahaman dan pengikutnya menyerang Kuala Tembeling. Mereka
dikalahkan oleh tentera British.11. Pasukan British terus memburu Datuk Bahaman hingga ke Terengganu
dan Kelantan.12. Datuk Bahaman telah menyerah diri kepada kerajaan Siam dan dibawa
ke Bangkok.