![]() |
British di Singapura |
![]() |
1. Stamford Raffles berkhidmat untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris di Bnagkahulu, Sumatera
2. Beliau diarahkan oleh Gabenor Jeneral
India, Warren Hastings supaya mencari pelabuhan di Kepulauan
Melayu untuk megawal
perdagangan
3. British ingin menyekat perdagangan Belanda yang berkembang
4. Raffles mendapati Singapura sesuai sebagai pelabuhan persinggahan
5. Singapura merupakan sebahagian
empayar Johor – Riau dan ditadbir oleh Temenggung Abdul
Rahman.
6. Raffles menandatangani perjanjian
sementara dengan Temnggung Abdul Rahman pada 30 Januari
1819 dan syarat perjanjian
itu ialah :
(a) British dibenarkan membina loji di Singapura7. Perjanjian ini perlu disahkan oleh Sultan Johor iaitu sultan abdul Rahman
(b) Temenggung akan menerima $3 000.00 wang sepanyol
(c) British akan melindungi Temenggung
8. Raffles sedar agak sukar mendapat persetujuan keran sultan Johor adalah di bawah pengaruh Belanda
9. Persengketaan takhta di Johor memberi peluang kepada Raffles untuk mendapatkan Singapura.
10. Pada tahun 1812 apabila Sultan
Mahmud Shah III mangkat Tengku Huseein sebagai waris sah
diketepikan
11. Pembesar Bugis iaitu Ymtuan Muda Johor Raja Jaafar melantik Tengku Abdul Rahman sebagai sultan
12. Tengku Hussein atau Tengku Long
tidak dilantik dengan alasan beliau tidak meghadiri upacara
pengkebumian
ayahanda baginda.
13. Raffles mengambil peluang melantik
Tengku Hussein sebagai sulatan Johor yang sah.
14. Pada 6 Februari 1819 Raffles menandatangani
perjanjian rasmi dengan Sutan Hussein dan
Temenggung
Johor
15. Antara syarat perjanjian ialah :
(a) British dibenarkan membuka petempatan di Singapura
(b) Sultan Hussein menerima bayaran $6 000.00 dan Temenggung menerima $3 000.00
setahun
(c) Sultan dan Temenggung Johor berjanji tidak akan berhubung dengan kuasa Eropah
yang lain
(d) Syarikat Hindia Timur Inggeris akan memberi perlindungan kepada Sultan dan
Temenggung.