PENTADBIRAN SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO UTARA DI SABAH
 

1. Syarikat Berpiagam Borneo Utara diketuai oleh Gabenor yang dibantu oleh Majlis
    Penasihat.

2. Gabenor yang pertama bagi Syarikat Berpiagam Borneo Utara ialah William Hood
    Treacher.

3. Majlis Penasihat terdiri daripada beberapa orang pegawai kanan iaitu Setiausaha
    Kerajaan, Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan.

4. Sabah terbahagi kepada beberapa residensi yang ditadbir oleh Residen berbangsa
    Eropah.

5. Residensi dibahagikan kepada beberapa daerah. Setiap daerah ditadbir oleh Pegawai
    Daerah berbangsa Eropah Juga.

6. Residensi yang dibentu ialah Residensi Pantai Barat, Residensi Tawau, Residensi
    Sandakan dan Residensi Pendalaman.

7. Pihak Syarikat mengenakan beberapa jenis cukai kepada penduduk tempatan bagi
    menambahkan hasil.

(a) cukai beras;
(b) cukai sebanyak $1.00 bagi satu ekar tanah dan $2.00 untuk kawasan
     yang lebih luas dikenakan apabila menentukan sempadan tanah;
(c) bayaran sebanyak 50 sen dikenakan apabila menebang pokok yang
     berusia lima tahun keatas.
8. Pihak syarikat turut mengenakan beberapa sekatan yang lain seperti:
(a) membentuk pendaftaran tanah;
(b) menyekat kegiatan pertanian pindah;
(c) mengawal kegiatan membuat tapai.
9. Perdagangan penduduk tempatan tergugat apabila banyak pedagang luar masuk ke
    hutan untuk mendapatkan hasil hutan.

10. Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh syarikat Berpiagam telah menimbulkan ras tidak
      puas hati dikalangan penduduk yang terlibat.

11. Syarikat mendapat bantuan daripada Ketua Anak Negeri dalam pentadbiran keranan
      kekurangan tenaga pegawai Inggeris.

12. Jawatan Ketua Anak Negeri diserapkan sebagai Pembantu Kanan Pegawai Daerah.
      Tugasnya ialah:

(a) menjadi pembantu kanan kepada Pegawai Daerah;
(b) menjaga keamanan dan menguruskan hal keadilan;
(c) membahagikan tanah dan memungut cukai;
(d) memastikan kegiatan pertanian dijalankan dengan sempurna.
13. Mahkamah Anak negeri diketuai oleh Ketua Anak Negeri dan bertanggungjawab hal
     adat dan hukum Islam.

14. Mahkamah ini diserapkan didalam pentadbiran Syarikat. Mahkamah yang berpandukan
     undang-undang Barat juga diwujudkan.

15. Ketua Kampung yang bergelar Orang Tua dilantik oleh Syarikat Berpiagam untuk
     menguruskan hal ehwal kampung.

16. Pada tahun 1915 beberapa pembaharuan dibuat di sabah. Antaranya termasuklah:

(a) jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diwujudkan dan disandang
     oleh anak tempatan;
(b) Gabenor C.W.Parr mewujudkan Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri
     (MPKKAN) untuk memberi peluang  penduduk tempatan menyampaikan
     masalah mereka kepada pentadbir.

BACK