PERUBAHAN DALAM SISTEM PENTADBIRAN
SISTEM RESIDEN DI PERAK

 


 
 
1. James W.W. Birch adalah Residen Perak yang pertama bertinadak
    mengubah sistem pentadbiran dan sistem pengutan cukai. Dalam hal
    pentadbiran, nasihat Residen mestilah diikuti oleh Sultan. Antara tindakkan
    yang dilakukan oleh Birch termasuklah;
a) Membatalkan sistem pajakan yang dibuat oleh Sultan
    Abdullah. Baginda menyerahkan hak memungut cukai di
    Kuala Perak kepada peniaga Cina iaitu Lee Cheng Tee.
b) Membentuk sistem pungutan cukai yang baru – sultan dan
    pembesar negeri tidak lagi berkuasa memungut cukai –
    tugas tersebut dilaksanakan oleh pegawai kerajaan (orang
    British).
c) Memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi dan bot,
    lesen untuk membawa senjata, memotong kayu dan atap –
    orang melayu tidak puas hati kerna sebelum ini mereka
    tidak di kenakan sebarang cukai.
d) Birch campur tangan dalam adat Melayu apabila beliau
    mahu menghapuskan amalan penggunaan hamba abdi
    di kalangan pembesar Melayu – kemarahan pembesar
    melayu memuncak apabila Birch melindungi hamba yang lari
    ke rumahnya
e) Membina balai polis untuk menjamin keamanan – sebelum
   ini hal keadilan dikendalikan oleh sultan dan pembesar.
f) Pembesar-pembesar yang mentadbir daerah oleh Pegawai
   daerah.
2. Tindakan Brich menyebabkan Sultan Abdullah berasa tertipu kerana
    kuasanya semakin berkurang.

3. Tindakan brich yang kurang bijak mengendalikan masalah menimbulkan
    curiga dikalangan penduduk.

4. Birck terlalu tergesa-gesa untuk membawa perubahan hingga
    menimbulkan kemarahm penduduk.

5. Pembesar berasa tidak puas hati kerana banyak kuasa dan keistemewaan
    mereka hilang.

6. Pembesar-pembesar tempatan merancang pembunuhan Birch. Beliau
   dibunuh di Pasir Salak  pada 11 November 1875 oleh dato Maharajalela
   dan Dato Sagor.

7. British bertindak tegas terhadap pembunuhan ini dengan menghantar
   tentera dari negeri-negeri Selat, India dan HongKong untuk menawan Pasir
   Salak.

8. Pertempuran antara British dengan Melayu di Perak dikenali sebagai
   Perang Perak.

9. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor dan Pandak Endut dihukum gantung
    sampai mati.

10. Sultan Abdullah dan Menteri Larut (Ngah Ibrahim) dibuang negeri ke
     Pulau Seychelles.

11. British melantik Raja Yusuf menjadi sultan pada tahun 1877.

12. J.G Davidson dilantik sebagai Pemangku Residen. Pada bulan April 1877,
     Hugh Low menjadi Residen Perak yang baru.

13. Pengusaan British mencapai kejayaan yang gemilang di bawah
     pentadbiran Hugh Low.

14. Perubahan yang dilakukan oleh Hugh Low:

a) mengemas sistem pentadbiran Perak
b) menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri untuk ahli-ahli
    mengemukakan pandangan tentang pentadbiran negeri.
c) Menjimatkan perbelanjaan bagi mengatasi masalah hutang.
d) Memajukan perlombongan bijih timah untuk menembahkan
    pendapatan negeri.
e) Membaiki sistem kawalan air, pemindahan milik tanah, dan
    sistem perhubungan.
f) Menubuhkan pasukan polis untuk menjaga keamanan negeri.
15. Hogh Low diterima oleh Pembesar-pembesar   Melayu dan tidak
     menghadapi sebarang tentangan. Beliau pandai berbahasa melayu dan
     mengetahui adat resan orang Melayu.

16. Hugh Low mengamalkan sikap diplomasi dan berhati-hati dalam
     melaksanakan pembaharuan kepada penduduk tempatan.

17. Beliau berjaya menghapuskan amalan hamba abdi menjelang 1883.

18. Pembesar-pembesar yang kehilangan hak memungut cukai diberi pencen.

BACK