PERUBAHAN DALAM SISTEM PENTADBIRAN

 
PERLAKSANAAN SISTEM RESIDEN

1. Sistem Residen diperkenalkan di Perak, Selangor, negeri Sembilan dan
    Pahang oleh British

2. Residen dilantik oleh Gabenor negeri-negeri Selat dan Residen
    bertanggungjawab kepadanya.

3. Sistem Residen merupakan sistem pemerintahan secara tidak langsung
   oleh British di negeri-negeri tersebut.

4. Mengikut sistem yang ditetapkan kedudukan Sultan dan pembesar
    dikekalkan.

5. Antara tugas-tugas yang dikuasai oleh Residen ialah;

a) berkuasa menasihat sultan atau Yang Dipertuan Besar
    mengenai semua hal kecuali perkara yang menyentuh
    agama Islam dan adat istiadat orang melayu.
b) Bertanggungjawab manjalan kan pentadbiran am negeri
    termasuklah pengutan cukai
c) Bertanggungjawab memajukan ekonomi negeri
d) Bertangungjawab menjaga keamanan dan keselamatan
    dalam negeri
6. Pentadbiran daerah diuruskan oleh Pegawai Daerah iaitu jawatan yang
    khas kepada Pegawai British.Antara tugas-tugas yang dilaksanakan :
a) mengendalikan jabatan perbendaharaan seperti menyemak
    buku kira-kira dan pengaturan kewangan.
b) Mengurus hal tanah seperti memungut hasil tanah dan
    menyelia sempadan tanah.
7. Peraturan Tanah diperkenalkan oleh Residen Selangor iaitu W.E. Maxwell.
    Ciri-cirinya;
a) terbahagi kepada dua jenis tanah iaitu tanah di bawah
    Undang-undang Adat dan tanah yang diperolehi  melalui
    geran
b) Jabatan Ukur ditubuhkan- untuk mengukur tanah geran dan
    pajak
c) Tanah di bawah Undang-undang Adat diuruskan oleh
    Pegawai daerah.
8. Jabatan Kerja raya, Tanah dan Ukur Selangor dipisahkan menjadi;
a) Jabatan Tanah – diketuai oleh Pesuruhjaya Tanah.
b) Jabatan Kerja raya – diketuai oleh Penguasa Kerja Raya
9. Pentadbiran yang diperkenalkan oleh british meninggalkan kesan kepada
    pembesar tempatan. Antaranya termasuklah;
a) mereka kehilangan kuasa untuk memungut cukai kerana
    diambil alih oleh British.
b) Mereka tidak berkuasa menjalankan pambicaraan kerana
    diambil oleh mahkamah
c) Mereka tidak dibenarkan menyimpan hamba kerana British
   mahu amalan hamba dihapuskan.
d) Mereka tidak boleh menyerahkan tenaga rakyat untuk
    kepentingan peribadi.
10. Kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga empat belas tahun diwajibkan
     menerima pelajaran.

BACK