PERKEMBANGAN DI NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
 
1. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah:
a) Kedah
b) Perlis
c) Kelantan
d) Johor
e) Terengganu
2. Negeri-negeri tersebut belum menerima pengaruh British menjelang akhir abad ke-19.

3. British bimbang Perancis di Indo China akan bertapak di negeri-negeri tersebut melalui
    Siam.

4. Selain itu, kuasa-kuasa Barat yang lain juga berminat untuk mnegusai negeri-negeri
    tersebut. Kuasa-kuasa tersebut ialah:

a) Jerman mencuba mendapatkan pertempatan di Pulau Langkawi di Kedah
b) Amereka Syarikat cuba mendapatkan petempatan di Terengganu.
5. British menandatangani Perjanjian Sulit dengan Siam pata April 1897.

6. Pada tahun 1899, British membuat Perjanjian Sempadan dengan Siam untuk
   mengukuhkan pengiktirafan British mengenai kuasa Siam terhadap negeri-negeri di utara
   Tanah Melayu. Syarat perjanjian tersebut adalah :

a) Kedah, Perlis, kelantan, dan Terengganu diakaui sebagai jajahan taklluk
    Siam.
b) Siam berjanji tidak akan menyerah kuasanya terhadap negeri-negeri
    tersebut kepada kuasa lain tanpa pengetahuan british.
c) Brtish akan membantu Siam jika diserang musuh.
7. Menurut perjanjian tersebut:
a) Reman diakui sebagai Wilayah Siam.
b) Kedah, Perlis, kelantan dan Terengganu adalah jajahan takluk Siam.
8. Pada tahun 1900 Sultan Muhammad IV (1900-1920) memberikan konsesi Tanah di
    Kelantan kepada Duff (orang Inggeris). Tindakkan tersebut ditentang oleh Siam.

9. Tentangan Siam tidak duhiraukan oleh Sultan kelantan kerana baginda menganggap
    kelantan sebagai negeri bebas.

10. Duff meminta bantuan British menyelesaiakn hal konsesi. Beliau akan mendapatkan
     bantuan kuasa barat lain sekiranya british enggan mambantu.

11. British bimbang kuasa lain akan mengambil alih peluang untuk meluaskan pengaruh
     nya di tanah Melayu.

12. British menandatangani pengisytiharan inggeris-siam pada tahun 1902. Antara
      syarat-syarat pengisytiharan tersbeut termasuklah;

a) hubungan luar kelantan dan Terengganu dikuasai oleh Siam.
b) Kelantan dan terengganu akan menerima penasihat atau Residen yang
    akan dilantik oleh siam.
13. Pengisytiharan ini ditentang oleh Sultan Zainal Abidin III dari terengganu kerana
     Baginda menganggap Terengganu tidak menjadi negeri naungan Siam.

14. Kelantan menerima W.A. Graham sebagai penasihat.

15. Pada tahun 1909 British menandatangani Perjanjian Bangkok dengan Siam untuk
     menguatkan pengaruhnya di negeri-negeri melayu utara.

16. Antara syarat-syarat perjanjian Bangkok 1909 termasuklah:

a) Siam menyerahkan kedah, perlis, kelantan dan Terengganu kepada british
b) British akan meminjamkan wang sebanyak empat juta paun kepada Siam
    untuk pembinaan landalasan keretapi.
c) Seorang Penasihat British dilantik untuk keempat-empat negeri.
17. Raja-raja Melayu dari negeri-negeri tersebut anggan mengiktiraf perjanjian Bangkok
      kerana mereka tidak dijemput semasa perjanjian ditandatangani.

18. British meneruskan tindakkan untuk meluaskan kuasa di negeri-neeri melayu tersebut
     dengan melantik penasihat British.

a) Kedah-george maxwell
b) Perlis- Meadows frost
c) kelantan- J.S Mason

BACK