KEGIATAN CAMPUR TANGAN BRITISH 
British di Pahang
 
1. Campur tangan British bermula di Pahang pada tahun 1888.

2. Gabenor negeri-negeri Selat iaitu frederick Weld ingin meluaskan pengaruh British di
    Tanah Melayu.

3. British menghantar beberapa orang wakil untuk mendesak Sultan Wan Ahmad
   menerima seorang pegawai British di Pahang.

4. Pada tahun 1887 British berjaya mempengaruhi baginda menerima seorang wakil British.

5. Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British tetapi tidak berkuasa mentadbir Pahang.

6. Sultan Pahang masih berkuasa penuh dan boleh melantik dan memecat wakil British
    tersebut.

7. British ingin memperkenalkan sistem Residen di Pahang untuk mengusai sumber
    ekonominya yang kaya dengan  galian penting.

8. Peluang terbuka bagi British mendesak Sultan Wan Ahmad menerima Residen setelah
    goh Hui iaitu rakyat british berketurunan cina terbunuh dalam kawasan istana Pahang.

9. Sultan Wan Ahmad terpaksa menerima Residen pada tahun 1888.

10. J.P. Rodger dilantik sebagai residen British yang pertama di Pahang.

BACK