HUBUNGAN BRITISH DENGAN KUASA TEMPATAN
British di Pulau Pinang

 

1. Syarikat Hindia Timur Inggeris mempunyai hubungan dengan negeri -–negeri Melayu dan Pulau
    Borneo sejak abad 17

2. Sultan Muhammad Jiwa risau dengan ancaman Bugis yang ingin menuntut hutang yang telah dibuat
    oleh sultan yang terdahulu.

3. Baginda ditentang oleh saudara – saudaranya yang dibantu oleh Bugis hingga baginda diusir ke Perlis.

4. Bantuan dari Siam dan Burma tidak diterima kerana mereka sedang berperang.

5. Pada tahun 1770 an sultan Kedah iaitu Abdullah Mukaram Shah sedang diancam oleh kerajaan Siam
   dan baginda berusaha untuk mencari perlindungan

6. Sultan Abdullah menyedari tentang keperluan British untuk mencari pangkalan pelabuhan dan tentera

7. British mahu pangkalan tentera untuk mempertahankan empayarnya di India daripada ancaman
   Peranchis

8. Francis Light mengasaskan petempatan Syarikay Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang pada tahun
   1786

9. Beliau menggunakan muslihat untuk menguasai Pulau Pinang dari sultan Abdullah dari Kedah.

10. Sultan Abdullah menyerahkan Pulau Pinang kepada British dengan beberapa syarat iaitu :

(a) mendapat perlindungan British sekiranya diancam musuh
(b) British mesti megawal perairan Kedah
(c) Segala perbelanjaan perang ditanggung oleh British
(d) Kapal pedagang bebas berdagang di Kedah dan Pulau Pinang
(e) Monopoli baginda terhadap bijih timah, candu dan rotan dihapuskan – baginda
     meminta ganti rugi tahunan sebanyak $30 000.00 Sepanyol.
(f) British perlu menghantar tentera sekiranya Kedah diserang dari darat.
11. Syarikat Hindia Timur Inggeris enggan memenuhi syarat – syarat Sultan Abdullah

12. Baginda merancang untuk menguasai Pulau Pinang semula tetapi gagal kerana tenteranya diserang
     di Seberang Perai.
13. Kedah dikalahkan dan Sulatan Abdullah terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan British
     pada 1 Mei 1791

14. Antara syarat – syaratnya ialah :

(a) Kedah meniktiraf kuasa Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang
(b) Sultan Abdullah dibayar elaun tahunan sebanyak $6 000.00 wang Sepanyol selagi
     British menduduki Pulau Pinang
(c) British akan membeli bekalan makanan terutamanya beras dari Kedah tanpa sebarang
     sekatan.
(d) Bangsa – bangsa Eropah yang lain tidak dibenarkan menduduki Kedah.
15. Dalam perjajian tersebut tidak dicatatkan mengenai perlindungan terhadap Kedah

16. Sultan Abdullah tidak puas hati. Permusuhan baginda dengan British berpanjangan

17. Baginda telah memajukan pelabuhan seberang Perai untuk bersaing dengan pelabuhan di Pulau
     Pinang
18. Permusuhan ini membimbangkan British kerana mereka bergantung kepada bekalan makana dari
     Kedah.

19. British bertindak menguasai Seberang Perai kerana :

(a) mahu dijadikan kawasan pertanian supaya kurang bergantung pada bekalan dari Kedah
(b) mahu menghapuskan persaingan pelabuhan dari Seberang Perai
(c) mahu menghapuskan pusat – pusat lanun yang sentiasa mengancam pelabuhan Pulau
     Pinang
(d) mahu mengukuhkan pertahanan Pulau Pinang dengan menguasai selat antara Pulau
     Pinang dengan Seberang Perai.
20. Pada tahun 1800 Syarikat Hindia Timur Inggeris menandatangani perjanjian dengan sultan Kedah
     yang baru
(a) Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai kepada british
(b) Syarikat akan membayar $10 000.00 wang Sepanyol
21. Dalam perjanjian tersebut sekali lagi British tidak menjanjikan perlindungan kepada Kedah

22. Kedah diserang oleh Siam pada tahun 1821. Dan Sultan Kedah iaitu Ahmad Tajuddin berundur ke
     Pulau Pinang.

BACK