KEGIATAN CAMPUR TANGAN BRITISH 
British di Rembau dan Jelebu

 
 
1. Di Rembau berlaku pertelingkahan antara para pembesar kerana mereut jawatan
    Undang.

2. British bersidang dengan pembesar-pembesar Rembau di Melaka pada tahun 1883.
    Datuk Syahbandar Serun dilantik sebagai Undang Rembau.

3. Pada tahun 1887 Undang Rembau dan para pembesar menendatangani satu perjanjian
   dengan British.

4. Seorang pegawai British yang digelar Majistret dan Pemungut Hasil Tanah dilantik.
    Antara tugas-tugas beliau termasuklah:

a) menyelesaikan masalah pungutan cukai
b) membantu pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang.
5. British campur tangan di jelebu setelah berlaku perebutan kuasa antara Yantuan Muda
   Abdullah dengan Penghulu Syed Ali.

6. British mendesak mereka menandatangani perjanjian (1886) dan menerima majistret
    dan Pemungut Hasil Tanah.

7. Kemudian Jelebu ditadbir sebagai sebuah daerah  dibawah kekuasaan Residen Sungai
    Uong.

8. British juga mendesak Yamtuan Antah (Undang Seri Menanti) menandatangani
    perjanjian bagi menempatkan seorang Majistret dan pemungut Hasil Tanah pada tahun
    1887.

9. Pada tahun 1889, Seri Menanti< Rembau dan Tampin disatukan di bawah perlindungan
    British dalam bentuk persekutuan.

10. Terdapat dua unit pentadbiran pada tahun 1889.

a) unit pertama di bawah Residen Sungai Ujong – meliputi kawasan Sungai
    Ujong dan Jelebu.
b) Unit kedua di bawah martin Lister – meliputi kasana Seri Menanti, rembau
    dan Tampin.
11. Pada tahun 1895, Seri Menanti, Sungai Ujong, Tampin, Rembau, Johol dan Jelebu di
     satukan dan dikenali sebagai Negeri Sembilan.

12. Martin Lister dilantik sebagai Residen baru di Negeri Sembilan.

BACK