KEGIATAN CAMPUR TANGAN BRITISH 
British di Selangor
 

1. British bertindak campur tangan di Selangor setelah kepentingan ekonomi mereka
    tergugat akibat huru-hara.

a) Perang Saudara Kelang- Raja Adullah dan Raja Mahdi sama-sama
    menguasai kelang yang kaya dengan bijih timah. Tengku Kudin (menantu
    Sultan Abdul Samad) dilantik sebagai Wizurai untuk menamatkan perang
    di Kelang.
b) Pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dengan Ghee Hin menjadi
    kedaaan huru-hara di Selangor bertambah buruk.
2. Gabenor-gabenor negeri-negeri Selat iaitu Andrew Clarke menjadikan masalah lanun
    sebagai alasan untuk campur tangan di Selangor.

3. Pada bulan November 1873, sebuah kapal dari Melaka diserang oleh lanun berhampiran
   dengan Kuala Langat. Beberapa orang rakyat British terbunuh.

4. Andrew Clarke telah menjadikan peristiwa tersebut sebagai alasan untuk campur tangan
   di Selangor.

5. Beliau menghantar kapal prang British untuk menghapuskan kubu-kubu lanun di pantai
   Selangor.

6. Beliau mendesak Sultan Abdul Samad mengadakan perbicaraan terhadap lanun-lanun
    berkenaan.

7. Beliau memujuk Sultan Abdul Samad menerima seorang residen tetapi ditolak oleh
    baginda.

8. Andrew Clarke menghantar Frank Swettenham sebagai penasihat tidak rasmi sultan.

9. Akhirnya baginda bersetuju menerima residen British di Selangor untuk membantu
    baginda dalam pentadbiran negeri.

10. J.G. Davidson dilantik sebagai Residen selangor dan Frank Swettenham sebagai
     Penolong Residen.
 

BACK