![]() |
FAKTOR CAMPUR TANGAN BRITISH |
![]() |
Kepentingan Ekonomi British di Tanah Melayu
1. Faktor ekonomi merupakan faktor utama British campur tangan di Negeri-negeri Melayu.
2. Revolusi Perindustrian yang memuncak di British menyebabkan keperluan bagi bahan
mentah meningkat.3. Selain itu, pengilang-pengilang memerlukan pasaran baru bagi memasarkan barangan
keluaran kilang mereka.4. Negeri-negeri melayu menjadi tumpuan utama kerana pengeluar bahan mentah yang
utama.5. Banyak modal British melabur dalam sektor perlombongan dan perladangan di
negeri-negeri melayu untuk mendapatkan bekalan mentah.6. Keistemewaan Tanah Melayu sebagai pengeluar bijih timah yang utama menyebabkan
British berminat untuk mengusainya.7. British merancang peluasan kuasa di negeri-negeri melayu untuk memastikan bekalan
bahan mentah yang berterusan dapat dihantar ke British untuk kegunaan kilang.8. Selain itu, Britis mahu menjadikan negeri-negeri malayu sebagai kawasan baru bagi
memasarkan barangan keluaran kilang-kilang British.