![]() |
|
![]() |
1. Pada tahun 1860-an, huru-hara di negeri-negeri Tanah Melayu mengganggu
perdagangannya dengan negeri-negeri Selat.2. Pada tahun 1857-1863, Perang Saudara berlaku di Pahang antara Wan Mutahir dengan
Wan Ahmad merebut jawatan Bendahara.3. Sebelum Bendahara Ali mangkat, baginda menyerahkan takhta kerajaan negeri Pahang
kepada Wan Mutahir (putera sulung dan waris yang sah).4. Bendahara Ali menyerahkan semua hasil dari daerah Kuantan dan Endau kepada putera
mudanya Wan Ahmad.5. Selapsa bendahara Ali mangkat, Wan Mutahir enggan mengiktiraf tuntutan Wan Ahmad
terhadap hasil dari daerah Kuantan dan Endau.6. Wan Ahmad membuat keputusan untuk merebut jawatan Bendahara daripada Wan
Mutahir.7. Wan Mutahir dibantu oleh Temenggung Ibrahim dari Johor. Temenggung Ibrahim
berminat untuk menegakkan pertuanan Johor di Pahang semula kerana sebelum ini
Pahang adalah jajahan takluk Johor.8. Wan Ahmad pula dibantu oleh:
(a) Sultan Omar dari Terengganu;9. Siam dan Sultan Mahmud III membantu Wan Ahmad keranan mereka ingin menegakkan
(b) Sultan Mahmud III (sultan Lingga yang diturunkan takhta oleh Belanda
pada tahun 1857);
(c) Tentera Siam.
pengaruh di Pahang.10. Gabenor Selat (Kolonel Cavenagh) campur tangan dalam Perang Saudara pahang
untuk menjaga kepentingan pedagang British dan menghalang kemaraan Siam ke
Pahang.11. Tentera Siam dan Sultan Mahmud III berada di Kuala Terengganu untuk membantu
Wan Ahmad menyerang Pahang.12. Gabenor Selat menghantar dua kapal perang ke Kuala Terengganu dan memberi
amaran kepada sultan Terengganu supaya menyerahkan Sultan Mahmud III.13. Amaran British tidak dihiraukan dan kapal perang British telah membedil kubu-kubu di
Kuala Terengganu (1862).14. Tentera Siam dan Sultan Mahmud III berundur dari Terengganu.
15. Wan Ahmad mengalahkan wan Mutahir di pekan. Wan Mutahir melarikan diri dan
mangkat di Kuala Sedili.16. Wan Ahmad dilantik menjadi Bendahara Pahang pada tahun 1863.