FAKTOR PEMINDAHAN KUASA


 

1. Pentadbiran India terhadap negeri-negeri Selat sangat lemah kerana kurang
   pengawasan.

2. Negeri-negeri Selat kekurangan pegawai untuk menyelesaikan masalah yang semakin
    bertambah.

3. Pegawai-pegawai India yang berkhidmat di Negeri-negeri Selat kurang pengalaman dan
   kurang berminat terhadap kebajikan penduduk Negeri-negeri Selat kerana kurang
   peluang untuk kenaikan pangkat.

4. Penduduk Negeri-negeri Selat tidak puas hati terhadap corak pentadbiran kerana
   undang-undang negeri-negeri Selat dibentuk di India tanpa kehadiran wakil dari
   negeri-negeri Selat.

5. Hal ini menimbulkan masalah kerana pegawai-pegawai Britsh di India tidak mengetahui
   masalah yang berlaku  di Negeri-negeri Selat.

6. Pedagang Negeri-negeri Selat membuat tuntutan supaya sebuah Dewan Perundangan
   ditubuhkan di Singapura untuk melindungi kepentingan mereka dan memberi peluang
   untuk mereka bersuara. Tuntutan ini ditolak oleh pentadbiran di India.

7. Pentadbiran di India mengabaikan perkembangan di Singapura dan cuba membatalkan
    tarafnya sebagai pelabuhan bebas untuk menambah pendapatan bagi membiayai
    perbelanjaan Negeri-negeri Selat yang kian meningkat.

8. Cadangan tersebut dibatalkan setelah mendapat bantahan dan rayuan daripada
    pedagang-pedagang Singapura.

9. Kerajaan India telah meluluskan Akta Mata Wang tahun 1855 yang mencadangkan
    penggunaan mata wang rupee bagi menggantikan penggunaan mata wang Sepanyol.

10. Pedagang Negeri-negeri Selat enggan berbuat demikian keranan mata wang rupee
     lebih rendah nilainya dan akan merugikan perdagangan.

11. Kerajaan India menjadikan Negeri-negeri Selat sebagai tempat pembuangan orang
     salah dari India.

12. Penduduk Negeri-negeri Selat menentang tindakan ini kerana perbelanjaannya banyak
     dan nama baik Negeri-negeri Selat akan tercemar.

13. Kerajaan India tidak berusaha menghapuskan kegiatan lanun yang mengancam
     pedagang-pedagang di Negeri-negeri Selat.

14. Kerajaan India menjalankan dasar pro-Siam yang mungkin akan menghalang pedagang
     Negeri-negeri Selat menanam modal di Perak, Selangor, Kelantan, dan Terengganu.

BACK