HUBUNGAN BRITISH DENGAN NANING


 

1. British mengambil alih Melaka dan jajahannya daripada Belanda melalui Perjanjian
    Inggeris-Belanda 1824.

2. British menguasai Naning setelah Robert Fullerton menjadikannya sebagai wilayah
    Melaka.

3. Penghulu Naning iaitu Dol Said menentang penguasaan British dan enggan membayar
    cukai yang ditetapkan oleh British iaitu 10 peratus daripada hasil tahunan Naning.

4. British menyerang Naning pada tahun 1831 dengan angkatan yang kecil.

5. Serangan British yang pertama gagal keranan dapat ditewaskan oleh pasukan Dol Said
   yang menerima bantuan penduduk Rembau.

6. Rembau membantu Naning kerana bimbang kemerdekaannya akan turut tergugat.

7. British kemudian berjaya mendapat bantuan daripada Rembau setelah memberi jaminan
   kepada Penghulu Rembau bahawa British akan menghormati kemerdekaan Rembau.

8. Dalam serangan kedua (1832), British berjaya menguasai Naning setelah menghantar
   angkatan yang lebih besar.

BACK