PENGUASAAN TANAH MELAYU OLEH KUASA BARAT

1. Kuasa – kuasa Barat seperti orang Portugis, Belanda dan british berminat
    menguasai Semenanjung Tanah Melayu kerana :
            (a) buminya kaya dengan sumber asli seperti bijih timah dan emas.
            (b) Kedudukannya yang strategik sesuai sebagai pusat perdagangan.

2. Pada tahun 1511 Potugis menawan Melaka dan memerintah Melaka sehingga tahun
    1641.

3. Pada tahun 1641 Belanda mengambil alih Melaka daripada Portugis dan
    menguasainya hingga tahun 1824

4. British mengambil alih Melaka berdasarkan pada Perjanjian Inggeris – Belanda
    tahun 1824

5. Menurut perjanjian tersebut pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada British

6. Sarawak dikuasai oleh kerajaan Brooke sejak tahun 1841 setelah beliau membantu
    Raja Muda Hashim mematahkan pemberontakan di Sarawak.

7. Sultan Brunei terpaksa melepasakan kuasanya terhadap Sarawak kepada James
    Brooke.

8. Kerajaan Brooke memerintah Sarawak sehingga tahun 1946 setelah British
    mengambil alih kuasa.

9. Sabah dikuasai oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan diambil alih oleh
    kerajaan British.

10. Campur tangan Barat telah menimbulkan tindak balas daripada penduduk
      tempatan.

BACK